Pelajaran 5: Hukum Air

Pelajaran 5

HUKUM AIR

Air Qalil (Sedikit)

  1. Jika air qalil bertemu dengan benda najis, maka ia akan menjadi najis (contohnya, disiramkan ke permukaan benda najis (atau benda yang terkena najis) atau benda yang najis bertemu dengannya).
  2. Jika air qalil yang telah najis bersambung dengan air kur atau air yang memancut , maka ia akan menjadi suci. Misalnya air qalil yang telah menjadi najis diletakkan di bawah bekas air yang bersambungan dengan air kur, lalu bekas air tersebut dibuka sehingga bercampur dengan air qalil tadi.

Air Kur, Air Memancut , Air Sumur

  1. Semua jenis air mutlak selain air qalil, selagi bau atau warna atau rasanya tidak berubah kerana benda najis, maka hukumnya adalah suci. Dan jika bersentuhan dengan benda najis sehingga bau atau warna atau rasanya berubah, maka dihukum sebagai najis. Air-air yang memiliki hukum di atas tadi adalah air yang mengalir, air perigi, air kur, begitu juga air hujan.
  2. Hukum air paip yang bersambung dengan sumber air kur hukumnya sama seperti hukum air kur itu sendiri.

Ciri-ciri Air Hujan

  1. Jika air hujan turun hanya sekali pada sesuatu yang telah najis dan tidak ada lagi benda najis padanya, maka sesuatu itu menjadi suci.
  2. Jika air hujan turun pada karpet dan baju yang najis, karpet dan baju menjadi suci dan tidak perlu diperah.
  3. Jika hujan turun pada tanah yang najis, maka tanah ini menjadi suci.
  4. Mencuci sesuatu yang najis di takungan air hujan yang kurang dari satu kur, maka selagi hujan masih turun dan air takungan itu juga tidak berubah bau, warna atau rasanya, maka hukum air itu tetap suci.

Hukum-hukum Keraguan tentang Air

  1. Air yang ukurannya tidak diketahui; apakah air kur atau bukan; jika tersentuh najis, maka ia tidak najis, akan tetapi juga tidak memiliki hukum-hukum air kur.
  2. Air yang ukuran sebelumnya adalah kur, tetapi sekarang diragukan; apakah sudah menjadi air qalil atau belum, maka hukumnya adalah air kur.
  3. Air yang tidak jelas; apakah suci atau najis, maka dihukum sebagai suci.
  4. Air yang sebelumnya suci kemudian diragui apakah masih suci atau sudah najis, maka hukumnya suci.
  5. Air yang sebelumnya najis lalu tidak jelas apakah sudah kembali suci atau masih najis, maka dihukum sebagai najis.
  6. Air yang sebelumnya adalah air mutlak kemudian tidak jelas; apakah sudah menjadi air mudhaf atau masih air mutlak, maka dihukum tetap sebagai air mutlak.

Bagaimana Sesuatu yang Telah Najis Boleh Disucikan dengan Air?

Air adalah sumber kehidupan dan penyuci kebanyakan benda-benda yang telah najis. Air dikira sebagai penyuci yang digunakan oleh semua manusia dalam kehidupan harian. Sekarang, mari kita belajar bagaimana sesuatu yang telah menjadi najis boleh disucikan dengan air.

Menyucikan Sesuatu yang Telah Menjadi Najis

  1. Menyucikan bekas makanan:
    1. Dengan air kur: cukup dengan disiram sekali.
    2. Dengan air qalil: Disiram tiga kali.
  2. Menyucikan selain bekas makanan:
  • Menjadi Najis kerana air kencing:
    • Dengan air kur: Disiram sekali.
    • Dengan air qalil: Disiram dua kali.
  • Menjadi Najis kerana selain kencing:
    • Dengan air kur: Disiram sekali.
    • Dengan air qalil: Disiram sekali.

Keterangan:

  1. Untuk menyucikan sesuatu yang (terkena) najis, pertama sekali hilangkan najisnya kemudian cucilah sesuai dengan cara di atas. Misalnya, bekas yang menjadi najis dan setelah najisnya dihilangkan; jika dicuci dengan air kur, maka cukup disiram sekali sahaja.
  2. Karpet, pakaian atau apa saja yang serupa dengannya iaitu yang boleh menyerap air dan boleh  diperah, jika disucikan dengan air qalil, maka setiap kali disiram mestilah diperah sehingga air yang ada di dalamnya keluar, atau dengan apa cara sekalipun sehingga air itu keluar. Jika disucikan dengan air kur atau dengan air yang mengalir , maka berdasarkan ihtiyath wajib mestilah diperah sehingga airnya keluar.
  3. Hukum air mengalir dan air perigi dalam menyucikan sesuatu yang najis adalah sama seperti hukum air kur.

Masalah:

Cara menyucikan bekas yang telah menjadi najis adalah sebagai berikut:

  • Dengan air kur: Masukkan ke dalamnya kemudian diangkat.
  • Dengan air qalil: Penuhkan bekas dengan air sebanyak tiga kali lalu kosongkan. Atau siramkan air ke dalam sebanyak tiga kali, dan setiap kali disiram dipusingkan bekas sehingga airnya terkena ke tempat-tempat dalam bekas yang terkena najis kemudian buang airnya.

Kesimpulan Pelajaran

  1. Apabila air qalil bersentuhan dengan najis, maka ia akan menjadi najis.
  2. Air kur, air mengalir , air perigi, dan air hujan; jika bau, warna dan rasa mereka berubah kerana bersentuhan dengan najis, maka semua air ini akan menjadi najis.
  3. Seluruh air yang hukumnya sama seperti hukum air kur; selagi bau, warna dan rasanya tidak berubah kerana najis, maka hukumnya adalah suci.
  4. Air hujan boleh menyucikan, dan untuk karpet dan baju tidak perlu diperas. Dan selagi bau, warna dan rasanya tidak berubah kerana najis, maka hukumnya adalah suci.
  5. Air yang tidak diketahui secara jelas; apakah air itu kur atau bukan; jika bersentuhan dengan najis, maka ia tidak akan menjadi najis.
  6. Air yang tidak diketahui secara jelas; apakah suci atau tidak, hukumnya adalah suci.
  7. Air yang tidak diketahui, apakah air mutlak atau air mudhaf? Maka dihukum sebagai air mutlak.
  8. Seluruh barang yang najis (selain bekas) dengan sekali siraman akan menjadi suci, kecuali jika terkena kencing, maka jika menyucikannya dengan air qalil, mestilah dicuci sebanyak dua kali.
  9. Untuk menyucikan karpet, pakaian dan yang serupa dengannya, maka setiap kali siraman mestilah diperah atau dikeluarkan airnya dengan apa cara sekalipun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *