Pelajaran 3: Bersuci

Pelajaran 3

BERSUCI

 

Semua ajaran-ajaran Islam yang berkaitan dengan amalan disebut sebagai fikah. Dalam fikah Islam, salah satu yang perkara paling penting adalah menjalankan kewajipan-kewajipan. Salah satu dari kewajipan yang paling penting adalah solat.

Masalah-masalah yang berkaitan dengan solat boleh dibagikan kepada tiga bahagian:

  • Pendahuluan-pendahuluan solat (muqaddamat).
  • Amalan-amalan solat (muqarinat).
  • Perkara-perkara yang membatalkan solat (mubthilat).
  • Maksud dari pendahuluan-pendahuluan solat iaitu orang yang melakukan solat perlu menjaganya sebelum melaksanakan solat.
  • Maksud dari amalan-amalan solat adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan bacaan solat; dari takbiratul ihram sehinggalah bacaan salam.
  • Dan maksud dari perkara-perkara yang membatalkan solat iaitu apa saja yang berkaitan dengan segala sesuatu yang boleh membatalkan solat.

Pendahuluan-pendahuluan Solat

Antara perkara yang perlu diperhatikan oleh pelaksana solat sebelum melaksanakan solat ialah bersuci dan kesucian. Pelaksana solat perlu menyucikan badan dan pakaiannya dari najis. Untuk suci dari najis dan mengetahui cara menyucikan sesuatu yang najis maka perlu mengetahui terlebih dahulu tentang najis. Oleh kerana  itu, kami akan menjelaskan tentang najis.

Sebelum mengenal benda-benda yang najis, perhatikan kaedah umum dalam fikah Islam ini:

“Apa saja yang ada di alam ini adalah suci, kecuali sebelas benda najis dan apa saja yang bersentuhan dengannya.”

Benda-benda Najis:

  1. Kencing
  2. Air kencing dan tahi.
  3. Mani
  4. Bangkai
  5. Darah
  6. Anjing
  7. Babi
  8. Arak dan setiap cairan yang memabukkan.
  9. Fuqqa’; iaitu minuman yang dibuat dari barli.
  10. Orang kafir.
  11. Peluh unta yang makan najis manusia.

Keterangan:

Air kencing dan tahi manusia dan haiwan yang dagingnya haram dimakan dan darahnya memancut adalah najis. Haiwan yang darahnya memancut adalah haiwan yang jika uratnya dipotong maka darahnya akan memancut seperti kucing dan tikus.

Manusia dan haiwan yang darahnya memancut seperti kambing, maka air mani, bangkai dan darah mereka juga adalah najis.

Anjing dan babi yang hidup di darat adalah najis, tetapi anjing dan babi lautan tidak najis.

Kesucian (thaharah) berbeza dengan kebersihan. Begitu juga najis tidak sama dengan kotor. Boleh jadi sesuatu itu bersih, akan tetapi menurut hukum Islam, ia belum tentu suci. Yang diinginkan oleh Islam adalah kesucian dan kebersihan. Bermaksud, seseorang perlu  menjaga kesucian dan kebersihan diri, lingkungan dan kehidupannya. Dalam pelajaran ini kita akan mempelajari yang berkaitan dengan kesucian.

Masalah:

  • Kencing dan tahi manusia dan seluruh haiwan yang dagingnya haram dan darahnya memancut adalah najis.[1]
  • Kencing dan tahi semua haiwan yang halal dagingnya seperti lembu, kambing dan semua haiwan yang darahnya tidak memancut seperti ular dan ikan adalah suci.[2]
  • Kencing dan tahi seluruh haiwan yang makruh dagingnya seperti: kuda dan keledai adalah suci.
  • Tahi seluruh burung yang haram dagingnya seperti gagak, adalah najis.[3]**

Hukum Bangkai***

Mayat manusia, walaupun baru meninggal dunia dan badannya belum sejuk, seluruh badannya adalah najis (selain anggotanya yang tidak bernyawa seperti kuku, rambut dan gigi), kecuali:[4]

  1. Meninggal dunia di medan perang (syahid).
  2. Sudah dimandikan (tiga kali mandi secara sempurna).

Bangkai Binatang

  1. Bangkai haiwan yang darahnya tidak memancut seperti ikan adalah suci.
  2. Bangkai haiwan yang darahnya memancut , maka anggota tubuhnya yang tidak bernyawa seperti bulu dan tanduk adalah suci, manakala anggota tubuhnya yang bernyawa seperti daging dan kulit adalah najis.[5]

Hukum Bangkai Binatang

  • Anjing dan babi seluruh anggota badan mereka adalah najis.
  • Binatang-binatang selain anjing dan babi:
  1. Yang darahnya memancut :
    1. Anggota badannya yang bernyawa adalah najis.
    2. Anggota badannya yang tidak bernyawa adalah suci.

Yang darahnya tidak memancut maka seluruh anggota badan mereka adalah suci.

Hukum Darah

  • Darah manusia dan darah setiap haiwan yang darahnya memancut adalah najis seperti ayam dan kambing.
  • Darah haiwan yang darahnya tidak memancut adalah suci seperti ikan dan nyamuk.
  • Darah yang kadang kala ada dalam telur tidak najis, akan tetapi berdasarkan ihtiyath wajib, ianya tidak boleh dimakan. Jika darah sudah bercampur dengan kuning telur sehingga tidak kelihatan lagi, maka tidak ada larangan untuk memakannya.[6]
  • Darah yang keluar dari celah gigi (gusi), jika sudah bercampur dengan air ludah dan tidak kelihatan lagi, maka hukumnya adalah suci, oleh itu tidak ada larangan untuk menelan air ludah tersebut.[7]

Kesimpulan Pelajaran

  • Untuk mengerjakan solat, badan dan pakaian pelaksana solat perlu dalam keadaan suci.
  • Semua benda yang ada di alam ini hukumnya adalah suci kecuali 11 benda yang najis.
  • Jenazah manusia yang meninggal bukan di medan perang dan belum dimandikan, maka hukumnya adalah najis kecuali anggota badannya yang tidak bernyawa.
  • Bangkai anjing, babi dan anggota yang bernyawa dari seluruh bangkai haiwan yang darahnya memancut adalah najis.
  • Bangkai seluruh haiwan yang darahnya tidak memancut , begitu juga anggota yang tak bernyawa dari seluruh bangkai haiwan yang darahnya memancut adalah suci.
  • Seluruh haiwan yang darahnya memancut, maka darah mereka adalah najis.
  • Darah yang berada pada telur tidaklah najis, akan tetapi berdasarkan ihtiyath wajib, ia tidak boleh dimakan kecuali jika terlalu sedikit sehinggakan jika dikocak ia tidak akan kelihatan lagi.
  • Darah yang keluar dari celah-celah gigi, jika bercampur dengan air ludah dan tidak kelihatan lagi, maka hukumnya adalah suci dan tidak bermasalah untuk menelannya.

[1] * Gulpaigani: berdasarkan ihtiyath wajib perlu juga mengjauhi kencing dan tahi haiwan yang dagingnya haram dan darahnya tidak memancut, (masalah ke-85).

[2] Al-’Urwah Al-Wutsqa, Jil. 1, hal. 55.

** Seluruh marja’ taklid: Suci (masalah ke-86).

[3] Ibid.

***Bangkai adalah haiwan yang mati dengan sendirinya atau haiwan yang disembelih dengan cara yang tidak sah (tidak mengikut syariat).

[4] Taudhih Al-Masail, masalah ke-85

[5] Al-’Urwah Al-Wutsqa, Jil. 1, hal. 58. Ar-Rabi’ dan hal. 61, masalah ke-12.

[6] Seluruh marja’: berdasarkan ihtiyath wajib, perlu menghindari telur yang ada darah, akan tetapi jika darahnya

berada pada kuning telur, selagi kulitnya yang tipis belum pecah, hukum putih telur itu adalah suci (masalah ke-99).

[7] Taudhih Al-Masail, masalah 96-101.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *