Syiah Mendewakan Ali?

Dakwaan mengatakan Syiah mendewakan Ali AS adalah fitnah terhadap Syiah Imam 12 atau Syiah mazhab Ja‘fari oleh Salafi & Wahabi. Persoalannya: Tidakkah Sunni sendiri yang membesar-besar atau mendewakan Abu Bakar RA dan Umar RA ke atas Rasulullah SAW, kemudian melimparkan tuduhan tersebut kepada Syiah ?.

Perbincangan ini adalah di luar skop pemahaman Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi kerana mereka tidak sedar bahawa mereka memuja atau membesar-besarkan Khalifah Abu Bakar RA dan Umar RA; kadang-kadang melebihi Nabi SAW dan kadang-kadang melebihi (hukum) Allah SWT dari sudut amali yang akhirnya ia menjadi suatu kebiasaan di dalam kepercayaan mereka sedemikian.

Syiah Imamiyyah Ja‘fariyah tidak membesar-besar atau mendewa-dewakan Ali AS melainkan apa yang dibenarkan oleh Rasulullah SAW kerana mereka mematuhi sabda Rasulullah SAW: “Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali, ianya berpusing bersamanya di mana dia berada” (al-Turmudhi, Sahih, v, hlm. 633, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 56).

Ali AS tidak menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi SAW dan tidak melebihi Rasulullah SAW dari semua sudut. Apatah lagi disamatarafkan dengan Tuhan. Bandingkan apa yang dilakukan oleh Sunni terhadap Abu Bakar RA dan Umar RA sehingga Sunni mematuhi mereka berdua, sekalipun mereka berdua menyalahi Allah dan Rasul-Nya!.

Begitu juga kedudukan 11 imam selepas Ali AS adalah lebih rendah dari taraf moyang mereka Rasulullah SAW. Manakala Sunni membesar-besar dan mendewa-dewakan Umar al-Khattab walaupun dia menyalahi sebahagian hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. Mereka menamakan kesalahannya sebagai ijtihad dan pada hakikatnya ia adalah bidaah. Kemudian mereka mematuhinya pula.

Justeru mereka menyatakan bahawa jika Umar bercakap sesuatu, maka ia menjadi syariat yang wajib dipatuhi (yantiqu bi al-Syai’ fa-yakun huwa al-Ma’mur al-Masyru’)kerana ia dipersetujui oleh Allah SWT. (Miftah Dar al-Sa‘adah, oleh Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, iii, hlm. 1540).

Justeru Sunnilah yang membesar-besarkan Umar RA. Soalnya: Tidakkah Sunni kadang-kadang memandang Umar RA lebih tinggi daripada Rasulullah SAW? Tidakkah Sunni kadang-kadang memandang Abu Bakar RA dan Umar RA lebih tinggi daripada Allah secara tidak disedari dari sudut amali dengan mematuhi bidaah-bidaah mereka berdua yang menyalahi al-Qur’an? Tidakkah sindiran “dua berhala Quraisy” oleh Ali dimaksudkan kepada mereka berdua kerana hukum halal dan haram mereka berdua dipatuhi?.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *