Kekafiran isteri Nabi Nuh AS dan isteri Nabi Lut AS

Kekafiran isteri Nabi Nuh AS dan isteri Nabi Lut AS dijelaskan di dalam firman Allah SWT di dalam surah al-Tahrim (66): 10)

“Allah membuat perumpamaan bagi orang kafir, isteri Nuh dan isteri Lut. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua-dua isteri itu berkhianat kepada kedua-dua suami mereka berdua, tetapi kedua-dua suami mereka berdua tidak dapat membantu mereka berdua sedikitpun dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada kedua-dua isteri itu), “Masuklah kamu berdua ke neraka bersama orang yang masuk (neraka)” .

Soalnya: Kenapakah kita tidak boleh menolak bahawa isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut AS itu kafir? Jawapannya: Kekafiran mereka berdua telah dijelaskan di dalam al-Qur’an.

Tidakkah mereka berdua itu merupakan isteri-isteri Nabi AS? Jawapannya: Walau pun mereka berdua adalah isteri Nabi Nuh AS dan isteri Nabi Lut AS, tetapi mereka berdua telah mengingkari perintah Allah SWT dan perintah Nabi-Nya.

Kenapakah mereka berdua tidak dibenarkan untuk berijtihad? Jawapannya: Ijtihad tidak boleh menjadi alasan untuk melawan perintah Allah SWT dan Nabi-Nya. Jika tidak, pencuri mempunyai alasan ijtihadnya sendiri bagi menyelamatkan dirinya.

Di dalam ayat di atas menjelaskan isteri Nabi Lut AS dan isteri Nabi Nuh AS tidak dapat diselamatkan oleh suami mereka berdua, walaupun mereka berdua adalah Nabi yang diutus Allah SWT, kerana mereka berdua telah mengkhianati suami mereka berdua. Justeru menjadi isteri Nabi bukanlah jaminan untuknya selamat di sisi Allah sekiranya dia mengkhianatinya dan Sunnahnya. Soalnya: Bagaiamanakah pula dengan sahabat Nabi SAW yang menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya, adakah mereka semuanya dijamin oleh Allah pula?.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *