Aisyah RA dan Hafsah RA, kebenaran yang disembunyi

Sayyidah Aisyah RA dan Hafsah RA tidak boleh mengatasi al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW atas alasan mereka berdua isteri Nabi SAW. Syiah berpegang kepada sejarah dan firman Allah SWT yang telah memberi amaran yang keras kepada mereka berdua supaya tidak menentang dan menderhakai Rasulullah SAW, walau dengan apa cara sekalipun.

Firman-Nya surah al-Tahrim (66): 4 “Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya, hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebenaran); dan jika kamu berdua saling bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah menjadi Pelindungnya dan (juga) Jibril dan orang mukmin yang baik; dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya” Ayat ini adalah mengenai Sayyidah Hafsah dan Sayyidah Aisyah (Ahmad, al-Musnad,i, hlm.33, al-Muttaqi al-Hindi, al-Kunz al- ‘Umal, i, 209).
Beberapa perkara yang dimurkai Allah SWT telah dilakukan oleh mereka berdua terhadap Rasulullah SAW. Bukan setakat madu lebah (al-Mangafir) yang dimakan oleh Rasulullah SAW di rumah isterinya, Zainab Binti Jahsy. Dan perbuatan ini dapat dihidu atau diketahui oleh mereka berdua, malah mereka berdua menghina Rasulullah SAW.

Mereka berdua saling bantu-membantu membuat pakatan bagi menyusahkan Nabi SAW. Oleh kerana itu, mereka berdua dikehendaki bertaubat kepada Allah SWT. Jika mereka berdua tidak bertaubat, maka Allah menjadi Pelindung, Jibril dan orang soleh (Ali AS) di kalangan mukminin melindungi Nabi SAW.

Amaran ini besar ertinya kepada mereka berdua. Sepatutnya Aisyah RA tinggal sahaja di rumah dan tidak keluar, apatah lagi berperang menentang Khalifah Ali AS yang mana Rasulullah SAW bersabda: “Aku berdamai dengan mereka yang berdamai dengan Ali dan berperang dengan mereka yang berperang dengan Ali” (al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69).

Akibatnya 16 ribu para sahabat dan para tabi‘in terbunuh di dalam peperangan Jamal. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Tahrim (33): 33 “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (mendedah aurat) seperti orang jahiliah dahulu”
Aisyah telah menunjukkan su’ al-Adab(Adab buruk) terhadap Nabi SAW.

Pada suatu hari Abu Bakar RA datang kepada Nabi SAW, lalu dia mendengar suara tinggi Aisyah RA terhadap Nabi SAW dan berkata: Kenapa anda meninggikan suara anda terhadap Nabi SAW? Abu Bakar RA hampir memukulnya jika tidak ditegah oleh Nabi SAW (Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iv, 271,). Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa Abu Bakar RA telah memukul Aisyah di dadanya (Ibn Sa‘d, Tabaqat, viii, hlm. 56).

Aisyah telah membuang mangkuk dan makanan yang diberikan oleh para isteri Nabi SAW kepada Nabi SAW (al-Turmudhi, Sahih, 1, hlm. 254). Aisyah telah bertanya Nabi SAW apakah kifarat membuang mangkuk dan makanan? Nabi SAW bersabda: Kifarat makanan adalah makanan dan kifarat mangkuk adalah mangkuk juga ( al-Nasa’i, Sahih, ii, hlm.134).

Nabi SAW telah berkahwin dengan Malikah binti Ka‘at yang dilihat sebagai seorang perempuan cantik di sisi Aisyah RA,lalu Aisyah RA cemburu dan datang kepada Malikah, berkata: Anda tidak malu berkahwin dengan (suamiku) pembunuh bapa anda? Lalu Nabi SAW mencerai perempuan itu. (Ibn Sa‘d, Tabaqat, viii, hlm. 106).

Aisyah RA bergembira dengan pembunuhan Ali AS dan melakukan sujud syukur (Ibn Sa‘d, Tabaqat, iii, bahagian i, hlm. 27). Aisyah telah berkata kepada Nabi SAW: Anda saja yang menyangka anda seorang Nabi? (anta al-lladhi taz‘um anna-ka Nabiyyun?) (al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulum al-Din, ii, 29). Adakah ini bererti Umm al-Mukminin Aisyah RA tidak percaya kepada kenabian Nabi SAW atau kemaksuman Nabi SAW atau dia telah menghina Nabi SAW pada ketika itu?

Aisyah juga telah berkata kepada Nabi SAW: Sesungguhnya Tuhan anda bersegera untuk menurut kemahuan anda sendiri(hawa) ” (inna rabba-ka yusari‘u fi hawa-ka) (al-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 24, 128). Adakah ini bererti Umm al-Mukminin Aisyah RA tidak mempercayai kemaksuman Nabi SAW atau dia telah menghina Nabi SAW pada ketika itu?.

Nabi SAW telah memberi peringatan kepada para isterinya tentang tempat bernama Hau’ab (dekat Basrah, Iraq) yang akan dilalui oleh seorang isterinya dan dia akan disalak oleh anjing supaya tidak memerangi Ali AS (al-Tabari, Tarikh, iii, hlm. 485). Isteri Nabi SAW tersebut adalah Aisyah RA yang telah melalui Hau’ab dan disalak anjing, kerana dia telah memerangi Khalifah Ali AS yang mana perbuatan ini menyalahi perintah Allah dan perintah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW telah keluar dari rumah Aisyah RA dan bersabda: Punca kekafiran adalah dari sini (ra’su al-Kufri min hahuna) dan tanduk syaitan akan muncul di sini(rumah Aisyah RA)(haithu yatla‘ qarnu al-Syaitan)(Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, ii, hlm. 23).

Justeru Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah menghormati Aisyah RA dan Hafsah RA berdasarkan kepada al-Qur’an dan hadis Rasulullah SAW. Begitu juga dengan para isteri Rasulullah SAW yang lain seperti Khadijah RA, Umm Salmah RA. Menurut Rasulullah SAW bahawa penghulu wanita alam semestaa (‘alamin) adalah 4 orang: (i) Asiah binti Mazahim; isteri kepada Fir‘aun. (ii) Maryam binti ‘Imran; ibu kepada Nabi Isa AS. (iii) Khadijah binti Khuwailid; isteri Nabi SAW dan ibu kepada Fatimah al-Zahra’ binti Muhammad SAW (al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 34).

Fatimah al-Zahra’ binti Muhammad SAW, ibu kepada Hasan AS dan Husain AS dan isteri kepada Khalifah Ali AS. Hanya Khadijah di kalangan para isteri Nabi SAW yang termasuk penghulu wanita alam semesta, sementara Aisyah RA dan Hafsah RA tidak termasuk di dalam golongan tersebut. Justeru jika ditanya siapakah di kalangan para isteri Rasulullah SAW yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah dan Rasulnya? Jawapannya: Khadijah binti Khuwailid (i) kerana beliau adalah wanita alam semesta yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang tidak pernah menderhakai Rasulullah SAW.

Beliau adalah ibu kepada Fatimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah SAW yang mana beliau juga penghulu wanita alam semesta. 11 orang para imam Ahlul-Bait Rasulullah SAW adalah daripada keturunan Khadijah binti Khuwailid dan Rasulullah SAW melalui Fatimah al-Zahra’ dan Khalifah Ali AS.

Soalnya(i): Kenapakah Sayyidah Khadijah RA tidak mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Aisyah dan Hafsah menurut Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, sedangkan beliau adalah penghulu wanita alam semesta? Kenapakah Fatimah al-Zahra’ AS tidak mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada kedudukan Aisyah RA dan Hafsah RA menurut Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah, sedangkan beliau adalah penghulu wanita alam semesta? Adakah kerana Aisyah anak Khalifah Abu Bakar dan Hafsah anak Khalifah Umar? Kenapakah tidak diberikan penghormatan yang lebih tinggi berdasarkan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW kepada anak perempuan Rasulullah SAW; Fatimah al-Zahra’? Justeru Aisyah dan Hafsah tidak boleh mengatasi kedudukan Khadijah dan Fatimah al-Zahra’ menurut al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. Walau bagaimana pun Syiah imamiyah tidak mencaci mana-mana para isteri Rasulullah SAW yang telah menyalahi printah Allah dan printah Rasulullah SAW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *