Benarkah Syiah Mencaci Sahabat?

Persoalan mengenai Syiah mencaci sahabat boleh didapati dari buku-buku Sunni sendiri, tetapi ia disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara bagi tujuan menutupi para sahabat yang telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW dalam Sahih al-Bukhari.
.
Tuduhan Syiah mencaci sahabat adalah propaganda musuh-musuh Ahlul-Bait Rasulullah SAW terutamanya oleh Salafi & Wahabi. Persoalannya: Tidakkah terdapat sahabat sendiri yang telah mencaci sahabat? Tidakkah terdapat sahabat yang telah memfitnahkan sahabat? Syiah ada dua kumpulan; ada yang mencaci sahabat dan ada yang tidak mencaci sahabat.

Adapun yang mencaci sahabat pula, mereka tidak mencaci semua sahabat, kerana di kalangan sahabat terdapat Salman Farisi, Miqdad, Ammar, Huzaifah dan lain-lain di kalangan para sahabat. Justeru mengatakan bahawa Syiah mencaci semua sahabat adalah tidak tepat. Hujah bagi yang mencaci sahabat tertentu adalah kerana berikut:

(i) Sahabat ada yang menyalahi al-Qur’an.

(ii) Sahabat ada yang menyalahi Sunnah Rasulullah dengan sengaja.

(iii) Terdapat sahabat yang telah menghina Rasulullah SAW dan Ahlul-Bait Rasulullah SAW; Fatimah, Hasan, Husain dan Ali AS

(iv) Sahabat ada yang mencaci sahabat seperti Khalifah Abu Bakar telah mencaci Ali AS dan Fatimah AS sebagai musang dan ekornya. Bahkan beliau mengatakan Ali AS seperti Umm al-Tihal (seorang pelacur) kerana menimbulkan soal tanah Fadak. Kata-kata ini telah diucapkan oleh Abu Bakar di dalam Masjid Nabi SAW selepas berlakunya dialog dengan Fatimah AS mengenai tanah Fadak.

Ibn Abi al-Hadid telah bertanya gurunya, Yahya Naqib Ja’far bin Yahya bin Abi Zaid al-Hasri, mengenai kata-kata tersebut: “Kepada siapakah ia ditujukan? “Gurunya menjawab: “Ia ditujukan kepada Ali AS. Kemudian dia bertanya lagi: Adakah ia ditujukan kepada Ali? Gurunya menjawab: “Wahai anakku inilah ertinya pemerintahan dan pangkat duniawi tidak mengira kata-kata tersebut. (Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 80).

(v) Mua‘wiyah telah mencaci Ali AS di masjid-masjid semasa pemerintahannya

(vi) Ada di kalangan sahabat yang telah melakukan zina, kerana perbuatan zina adalah dilaknati

(vi) Ada di kalangan sahabat yang telah membunuh sahabat, kerana pembunuhan adalah dilaknati.

(vii) Ada di kalangan sahabat yang telah memerangi Khalifah Ali AS dan memerangi Khalifah Ali AS adalah dilaknati menurut Hadis Rasulullah SAW: Aku berperang dengan mereka yang memerangi Ali dan aku berdamai dengan mereka yang berdamai dengannya”

(vii) Sahabat bukanlah manusia yang disucikan oleh Allah SWT. Sahabat adalah berbeza dengan Ahlul-Bait Rasulullah SAW

(viii) Ada sahabat yang tidak mentaati Allah dan Rasul-Nya sepenuhnya (100%).

(ix) Sahabat ada yang munafiq (sila lihat surah al-munafiqin).

(x) Sahabat ada yang menyakiti Rasulullah SAW tentang pembahagian sedekah.

(xi) Justeru “sahabat semuanya adil” adalah merupakan sebuah pembohongan kepada hakikat sejarah, al-Qur’an dan Hadis itu sendiri.

(xii) Kerana sahabat tidak boleh mengatasi al-Qur’an dan Hadis Nabi SAW.

(xiii) Dan mereka pula tidak disucikan oleh Allah SWT dalam surah al-Ahzab (33): 33.

(ix) Tidakkah Khalifah Ali dicaci selama 70 tahun di masjid-masjid di zaman pemerintahan Bani Umayyah? Tidakkah Khalifah Umar telah mencaci dan menghina Rasulullah SAW, tetapi ia disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara? Malah para ulama Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Wahabi di Nusantara mempertahankan perbuatannya dengan memarahi para pengkritiknya pula?.

Khalifah Umar telah mencaci, menghina dan menyakiti Nabi SAW dengan menghalang baginda SAW dari menulis wasiatnya dan mengatakan bahawa Nabi SAW sedang sakit tenat/meracau (yahjuru) di dalam satu riwayat dan Al-Qur’an adalah cukup untuk kita, sementara Sunnah Rasulullah SAW tidak perlu.

Al-Bukhari telah meriwayatkan bahawa ’Ubaidillah Bin ’Abdullah berkata: Apabila Rasulullah SAW sedang sakit tenat, beliau bersabda: Kalian bawakan kepadaku kertas (kitaban) di mana kalian tidak akan sesat selama-lamanya. Lantas Umar berkata (kepada hadirin): Nabi SAW sedang sakit tenat di dalam riwayat yang lain Umar berkata: Nabi SAW sedang meracau) dan di sisi kita Kitab Allah dan ia adalah mencukupi bagi kita (tanpa wasiat-Sunnah Nabi SAW).
.
Lalu mereka berselisih pendapat mengenainya (ada di antara mereka menuruti perintah Nabi SAW dan ada di antara mereka menuruti perintah Umar yang menghalang mereka supaya membawa kertas kepada Nabi SAW). Nabi SAW pun bersabda: Pergilah kalian dariku kerana tidak layak bagi kalian berkelahi di hadapanku. Ibn Abbas berkata: Satu malapetaka telah menegah Rasulullah SAW dari menulis surat wasiatnya” (al-Bukhari, Sahih, i, Hadis No. 114, hlm. 86).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *