Pelajaran 2: Ijtihad dan Taklid

  • Cara-cara mengenali mujtahid dan orang yang lebih a’alam:
    1. Seseorang dengan sendirinya yakin dan tahu mujtahid manakah yang lebih a’alam. Contohnya, dia sendiri merupakan orang yang berilmu dan boleh mengetahui bahawa si fulan adalah mujtahid, dan mengetahui bahawa si fulan mujtahid adalah yang paling a’alam dalam bidangnya. [1]
    2. Dua orang adil yang boleh menentukan bahawa si fulan adalah mujtahid atau si fulan adalah orang yang paling a’alam.
    3. Sekelompok ilmuwan yang boleh menentukan bahawa si fulan adalah mujtahid dan orang yang paling a’alam. Kesaksian-kesaksian mereka boleh dipercayai bahawa si fulan memang seorang mujtahid atau si fulan memang orang yang paling a’alam.

 

  • Cara-cara untuk mendapatkan fatwa mujtahid:
    1. Mendengar sendiri dari mujtahid.
    2. Mendengar dari dua orang atau seorang yang adil.
    3. Mendengar dari seorang yang boleh dipercayai dan jujur.
    4. Membaca risalah amaliah (buku fatwa) mujtahid.

 

  • Jika mujtahid yang a’alam dalam masalah tertentu tidak memiliki fatwa, maka seorang mukallid (yang bertaklid) boleh merujuk kepada mujtahid lain yang memiliki fatwa berkatian dengan masalah tersebut. Dan berdasarkan ihtiyath wajib, mujtahid yang dirujuk dalam masalah tersebut haruslah orang lebih a’alam dari yang lain.

 

  • Jika fatwa mujtahid dalam masalah tertentu berubah, seorang mukallid harus mengamalkan fatwanya yang baru dan tidak boleh mengamalkan fatwa yang lama.

 

  • Manusia wajib belajar masalah-masalah yang sering dihadapinya.

 

Siapakah Mukallaf?

Mukallaf ialah orang yang berakal dan baligh. Yakni, dia adalah orang yang bertanggungjawab untuk menjalankan hukum-hukum fekah. Oleh karena itu, anak-anak yang belum baligh dan orang- orang gila (tidak berakal) bukanlah mukallaf.

 

Usia Baligh

Usia baligh anak lelaki adalah setelah genap usia lima belas tahun, dan usia baligh anak perempuan setelah genap usia sembilan tahun. Apabila memasuki usia itu, mereka akan dikira sebagai orang-orang yang baligh dan perlu melaksanakan semua tanggungjawab-tanggungjawab syariatnya. Jika usia seorang anak masih di bawah usia baligh dan mengerjakan amalan-amalannya secara betul, seperti solat dengan cara yang betul, dia akan mendapat pahala. Perlu diperhatikan bahawa usia baligh dikira berdasarkan tahun Hijriah Qomariyah; yang jumlah setiap tahunnya adalah 354 hari 6 jam.

 

Perbezaan antara Ihtiyath Wajib dan Ihtiyath Mustahab

 

Ihtiyath mustahab sentiasa bersama dengan sebuah fatwa. Bermaksud, dalam sesebuah masalah, pertama sekali seorang mujtahid akan memberikan fatwa kemudian dia akan memberikan ihtiyath. Ihtiyath ini dinamakan sebagai ihtiyath mustahab. Dalam hal ini, mukallid boleh mengamalkan fatwa atau mengamalkan ihtiyath mustahab, tetapi dia tidak boleh merujuk kepada mujtahid lain. Contohnya jika seseorang melakukan solat dan dia tidak tahu badan atau bajunya najis atau tidak, setelah solat dia baru sedar bahawa ketika melakukan solat, badan atau bajunya najis, maka solatnya sah. Akan tetapi,  berdasarkan ihtiyath mustahab, jika waktu solat masih ada, dia perlu mengulangi solatnya.

Ihtiyath wajib tidak mempunyai fatwa. Seorang mukallid perlu beramal bertepatan dengan ihtiyath tersebut atau dia boleh merujuk kepada mujtahid yang lain. Contohnya, menurut ihtiyath wajib, seorang mukallid tidak boleh bersujud di atas daun anggur yang masih segar dan basah.

 

Kesimpulan Pelajaran

  1. Cara-cara untuk mengenal mujtahid dan orang yang paling pandai adalah sebagai berikut:
  • Mukallid meyakini dan mengetahui dengan sendirinya.
  • Dua orang adil yang menyatakan demikian.
  • Sekelompok ilmuwan yang menyatakan demikian.

 

  1. Cara-cara untuk mendapatkan fatwa mujtahid adalah sebagai berikut:
  • Mendengar langsung dari mujtahid.
  • Mendengar dari dua atau satu orang yang adil atau minimal satu orang yang boleh dipercayai dan jujur.
  • Membaca langsung risalah amaliyah mujtahid.

 

  1. Orang-orang yang baligh dan berakal perlu melaksanakan hukum-hukum agama.

 

  1. Anak lelaki yang genap berusia 15 tahun dan anak perempuan yang genap berusia 9 tahun

termasuk dalam golongan orang-orang yang sudah baligh.

 

  1. Dalam ihtiyath wajib, seorang mukallid boleh merujuk ke fatwa mujtahid lain. Akan tetapi

 

dalam ihtiyath mustahab, dia tidak boleh merujuk kepada mujtahid yang lain.

[1] Tahrir Al-Wasilah Jil. 1, hal. 8, masalah ke-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *